Program Pasca UPSR SK ST James Quop

17 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 & 16 Oktober 2018, Pusat Internet Kg Quop dan Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Program Pasca UPSR di SK ST James Quop. Disini para pelajar tahun 6 telah didedahkan mengenai Asas-Asas ICT untuk persediaan melangkah ke alam sekolah menengah dan juga diberikan pendedahan mengenai etika keselamatan penggunaan internet dalam kehidupan seharian kita.

Peserta juga didedahkan dengan gejala buli siber yang memberikan banyak kesan buruk kepada mangsa khususnya. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara terbaik untuk mengatasi gejala ini. Di penghujung program, pelajar secara berkumpulan membentangkan hasil kerja mereka dengan menggunakan Ms. Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali